Tamat pengajian, Saleha sukar mendapatkan pekerjaan. Ibu tiri , Karimah. sentiasa membebel menganggap Saleha menjadi beban dan tidak tahu membantu.Dituduh pemalas, dan menyusahkan keluarga,Saleha mahu lari dari keadaan yang dilalui. Hutang bapanya Basir bertimbun-bukan untuk membiayai pengajiannya sebaliknya memenuhi permintaan-permintaan pelik Karimah yang mahu hidup mewah.Karimah banyak mengumpul barang kemas dan duit pemberian Basir, tetapi kedekut untuk membelanjakannya. Kemewahan dilimpahkan kepada dua anak kandungnya Azira dengan Zarita. Kemanjaan berlebihan Karimah,membuat Azira dengan Zarita suka berpoya-poya.
Basir menegur sikap Karimah.Tetapi Karimah kalah dengan rayuan anak-anaknya. Saleha mendapat berita gembira mendapat pekerjaan sebagai pembantu peribadi. Majikannya Lorna, seorang anak hartawan yang memiliki beberapa jenis perniagaan.Lorna seorang gadis yang sangat kasar dan garang.Dengan sikap panas barannya, termasuk Saleha pembantunya sudah berjumlah sebelas orang.Saleha bukan dilayan sebagai pembantu peribadi,tetapi mengalahkan orang gaji.
Sinopsis Episode 1
Lorna pulang secara mengejut ke tanah air. Kepulangannya mengejutkan semua, terutama Lokman, setiausaha syarikat yang diarahkan mencari pembantu peribadi untuk Lorna kerana kepulangan Lorna begitu awal. Lokman belum membuat keputusan siapa yang akan dipilih sebagai pembantu peribadinya. Lokman menunjukkan calon-calon yang sudah ditemuduga...
Courtesy of:
http://www.kepalabergetar.net/
http://nurizspace.com/
mytonton02 Channel
& http://helloskyblu.blogspot.com/












0 comments:
Post a Comment